Skip to content

Nukilan Pengaturcara Posts

Pengalaman: Vaksinasi Covid-19 (Dos pertama)

Semenjak program vaksinasi kebangsaan dilancarkan pada bulan Februari 2021, saya adalah antara yang terawal mendaftarkan diri di aplikasi MySejahtera. Pada awalnya, saya berpendapat saya akan dapat divaksinasi pada bulan April atau Mei, selepas para frontliner selesai divaksinasi terlebih dahulu. Namun begitu, tanggapan meleset kerana pada asalnya vaksin AstraZeneca yang dirancang…

Kerja dari rumah? – Pengalaman saya sepanjang pandemik Covid-19 (bahagian 2)

Dalam bahagian 1, saya menulis tentang kelengkapan yang saya tambah untuk menukar “gaming desk” kepada “home office” di rumah. Dalam bahagian 2 ini, saya ingin menulis pengalaman bekerja dari rumah dan cara kerja saya ketika mendepani pandemik Covid-19 serta cabarannya bekerja secara “remote” dari setiap rakan sekerja yang kita biasa…

Kerja dari rumah? – Pengalaman saya sepanjang pandemik Covid-19 (Bahagian 1)

Semenjak pandemik melanda dunia akhir bulan Mac 2020, saya telah diarahkan untuk bekerja dari rumah sahaja. Pada mulanya, saya hanya menggunakan laptop, tapi lama kelamaan, saya menjadi tidak selesa kerana saiz laptop yang kecil (13″ Dell Lattitude) dan menyebabkan saya duduk membongkok untuk menaip dan membuat kerja. Saya membuat keputusan…

Panduan memilih komputer (laptop/desktop) untuk pelajar (dikemaskini 2026)

Sesi semester baru untuk pelajar universiti baru sahaja bermula. Kebiasaannya, para ibu bapa akan mempersiapkan anak-anak mereka untuk menempuh alam pembelajaran di unversiti. Tidak kurang pentingnya kelengkapan pembelajaran seperti buku-buku, alat-tulis dan juga di zaman yang serba canggih ini, sebuah komputer untuk memudahkan pembelajaran dan juga menyiapkan tugasan yang diberikan…

Meneliti Gajet – Macbook Pro 16 (Late 2019)

Mungkin ramai yang mengidamkan untuk memiliki sebuah komputer riba buatan syarikat gergasi IT Amerika, Apple. Sebagai seorang pengguna Microsoft Windows hampir sepanjang hidup saya, saya tidak pernah terfikir untuk membeli sebuah komputer dari Apple, kerana harganya yang sangat mahal. Namun begitu, sentuhan pertama saya dalam dunia IT adalah bermula dengan…

Kalkulator BMI: Aplikasi Android pertama saya di Google Play Store

Sepanjang karier saya dalam bidang pengaturcaraan, saya telah menulis pelbagai jenis aplikasi untuk pelbagai pelantar, kebanyakannya adalah aplikasi laman web dan juga desktop. Saya telah mencuba membina aplikasi untuk telefon pintar sejak zaman belajar lagi dengan membina aplikasi permainan “MathMagic” sebagai projek tahun akhir untuk pengajian Ijazah Sarjana Muda saya.…

Kembara ke dunia baru – Scrum (bahagian 1)

Sebagai seorang yang terlatih dengan kaedah Software Engineering sekitar awal 2000-an, saya mengenali kaedah pembangunan perisian hanya dengan kaedah paling popular ketika itu, iaitu kaedah waterfall. Kitaran hidup perisian (Software Development Life cycle) lebih mudah dijelaskan melalui kaedah waterfall. Dalam kaedah waterfall, perisian dibina melalui beberapa peringkat, dan setiap peringkat…