Skip to content

Category: Kerja

Mengapa Kumpulan kerja Agile berpatah balik kepada Waterfall – (dan bagaimana untuk mengembalikan mereka menggunakan kaedah psikologi)

Saya rasa setelah 10 tahun menggalas tugas sebagai Scrum Master, saya dapat melihat corak yang akan berulang: beberapa Sprint mengharungi fasa yang sukar, pihak atasan mula berasa risau dengan tarikh akhir penghantaran dan secara tiba-tiba, kumpulan kerja mula berpatah balik kepada zon selesa yang mereka sudah biasa, keperluan sistem perlu…

5 tanda yang anda tidak lagi diperlukan dalam organisasi

Sedar tak sedar, sudah 15 tahun saya bekerja, membina karier dan juga mengumpul pengalaman dari pelbagai organisasi. Tak semua pengalaman itu manis, ada juga yang pahit, yang masam, yang masin, hahaha. Namun begitu, saya teruskan juga demi mencari rezeki yang halal. Dengan berbekalkan ilmu di dada dan semangat untuk terus…

Kembara ke dunia baru – Scrum (bahagian 3)

Dalam bahagian sebelumnya, saya telah membincangkan bagaimana Scrum bermula dan juga sedikit pengenalan kepada apa itu “Scrum” secara asasnya. Dalam bahagian 3 ini, mari kita mendalami kaedah “Scrum” ini dan membincangkan beberapa bahagian penting dalam kaedah Scrum. Pengendalian “noise” dalam projek pembangunan perisian “Noise” dalam projek pembangunan perisian merujuk kepada…

Pengenalan kepada kaedah pengurusan secara “Agile”

Sebagai seorang professional dalam bidang kejuruteraan perisian, saya telah dilatih dalam pelbagai kaedah pengurusan untuk pembinaan sesebuah perisian. Kaedah paling popular adalah kaedah “Waterfall” yang telah terguna pakai sejak sekian lama. Kaedah ini amat mudah untuk dijelaskan, namun ianya juga datang dengan cabarannya yang tersendiri. Setelah sekian lama kaedah ini…

Informasi dan teknologi: Perubahan Disiplin mendapatkan ilmu – satu pandangan

Sebagai seorang individu yang lahir era-80an, saya membesar bersama-sama dengan pembangunan keupayaan teknologi maklumat. Ketika era komputer peribadi mula berkembang pada awal 90an, saya menyaksikan kepantasan pembangunan dan juga perubahan kepada cara maklumat atau ilmu dipelajari, dari permulaan pendidikan pra-sekolah, rendah, menengah dan seterusnya kepada peringkat pengajian tinggi. Semuanya berkait…

Kerja dari rumah? – Pengalaman saya sepanjang pandemik Covid-19 (Bahagian 1)

Semenjak pandemik melanda dunia akhir bulan Mac 2020, saya telah diarahkan untuk bekerja dari rumah sahaja. Pada mulanya, saya hanya menggunakan laptop, tapi lama kelamaan, saya menjadi tidak selesa kerana saiz laptop yang kecil (13″ Dell Lattitude) dan menyebabkan saya duduk membongkok untuk menaip dan membuat kerja. Saya membuat keputusan…

Kembara ke dunia baru – Scrum (bahagian 1)

Sebagai seorang yang terlatih dengan kaedah Software Engineering sekitar awal 2000-an, saya mengenali kaedah pembangunan perisian hanya dengan kaedah paling popular ketika itu, iaitu kaedah waterfall. Kitaran hidup perisian (Software Development Life cycle) lebih mudah dijelaskan melalui kaedah waterfall. Dalam kaedah waterfall, perisian dibina melalui beberapa peringkat, dan setiap peringkat…

Pentingnya penghargaan dan komunikasi yang baik

Semasa saya menulis blog post ini, tempat di mana saya bekerja sedang sibuk dengan persiapan untuk integrasi sistem SAP. Kesibukan yang bermula sejak sebulan lalu, kini sudah menampakkan tanda-tanda yang kurang baik kepada kesihatan saya. Mana tidaknya, kami terpaksa bekerja sehingga lewat malam, dan adakalanya sehingga mengorbankan waktu hujung minggu…