Skip to content

Author: KHALIQ MOHD EHSAN

5 sebab kenapa saya suka sains komputer

Baru-baru ini saya terbaca coretan seorang brader yang bertajuk “10 sebab kenapa aku menyesal belajar sains komputer”. Sebagai seorang programmer/team leader/scrum master di dalam industri IT di Malaysia, saya terpanggil untuk membalas penulisan artikel berkenaan. Bagi saya, ia bukanlah 10 sebab, tetapi 10 alasan kenapa dia berhenti kerja dari menjadi…

Pentingnya penghargaan dan komunikasi yang baik

Semasa saya menulis blog post ini, tempat di mana saya bekerja sedang sibuk dengan persiapan untuk integrasi sistem SAP. Kesibukan yang bermula sejak sebulan lalu, kini sudah menampakkan tanda-tanda yang kurang baik kepada kesihatan saya. Mana tidaknya, kami terpaksa bekerja sehingga lewat malam, dan adakalanya sehingga mengorbankan waktu hujung minggu…

Meneliti Gajet – Logitech K480 Bluetooth keyboard

Untuk merasmikan segmen Meneliti Gajet, saya akan mulakan dengan aksesori yang mungkin penting, terutamanya kepada para pengguna komputer yang merupakan pencipta kandungan, sama ada untuk blog, artikel dan juga menulis karya seperti novel. Justeru itu, keyboard atau dalam terjemahan bahasa melayu – papan kekunci merupakan salah satu aksesori terpenting bagi…

Tiba masa untuk berkongsi

Sepanjang penglibatan saya dalam industri teknologi maklumat di Malaysia, pelbagai asam garam dan karenah telah saya alami demi tugasan dan juga rezeki. Setelah hampir sedekad mengutip pengalaman, dari serendah peringkat pelaksana sehingga ke peringkat pengurusan. Banyak yang saya telah pelajari, dari para teman-teman sekerja, pengurus projek, ekspatriat dan ramai lagi.…