Skip to content

Tiba masa untuk berkongsi

Sepanjang penglibatan saya dalam industri teknologi maklumat di Malaysia, pelbagai asam garam dan karenah telah saya alami demi tugasan dan juga rezeki.

Setelah hampir sedekad mengutip pengalaman, dari serendah peringkat pelaksana sehingga ke peringkat pengurusan. Banyak yang saya telah pelajari, dari para teman-teman sekerja, pengurus projek, ekspatriat dan ramai lagi.

Sebagai seorang profesional yang terlatih dalam bidang teknologi maklumat, saya merasakan adalah menjadi tanggungjawab saya untuk sentiasa mengikuti arus kemajuan teknologi maklumat semasa, agar saya sentiasa relevan dan dapat menyumbang kepada pembangunan teknologi maklumat negara.

Antara projek IoT yang sedang saya usahakan

Di sini saya akan kongsikan pengalaman, tips, projek-projek IT yang saya usahakan, gajet IT terkini dan minat saya pada permainan komputer. Saya harap dengan perkongsian ini sedikit sebanyak dapat membantu generasi muda IT untuk lebih berdaya saing.

Published inPengalaman

Be First to Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *