Semenjak program vaksinasi kebangsaan dilancarkan pada bulan Februari 2021, saya adalah antara yang terawal mendaftarkan diri di aplikasi MySejahtera. Pada awalnya, saya berpendapat saya akan dapat divaksinasi pada bulan April atau Mei, selepas para frontliner selesai divaksinasi terlebih dahulu. Namun begitu, tanggapan meleset kerana pada asalnya vaksin AstraZeneca yang dirancang untuk digunakan telah dikeluarkan dari program vaksinasi kebangsaan dan boleh diambil secara “first come first serve” melalui laman web atas talian.
Maka bermulalah drama bagaimana untuk “booking slot” untuk vaksinasi. Dengan laman web yang seperti melepaskan batuk di tangga, jelas bahawa mereka tidak menjangka bahawa ribuan, malahan jutaan rakyat malaysia sedang mencuba nasib untuk mendapatkan slot vaksinasi kerana kes covid-19 yang semakin tinggi.
Mendapat temujanji dan persediaan
Saya mendapat temujanji untuk vaksinasi pada 5 Julai 2021, jam 12 pagi hahaha. Saya mendapat push notification dari MySejahtera, dan juga pesanan melalui SMS. Agak terkejut juga setelah sekian lama menunggu. Maka dengan pantas saya mengesahkan temujanji dalam MySejahtera. Setelah itu, saya masukkan tarikh dan masa vaksinasi ke dalam Google Calendar untuk memberikan peringatan untuk tarikh penting ini. Saya juga membuat sedikit pembacaan untuk persediaan ke pusat vaksin.
Antara yang perlu dibawa ke pusat vaksin adalah, Kad Pengenalan, pen dan juga, telefon pintar di mana aplikasi MySejahtera anda dipasang. Saya juga mengambil nota ubat-ubatan yang diberikan oleh doktor yang perlu dimakan setiap hari. Sekiranya anda penjaga atau membawa ibu-bapa yang ada sakit dan memerlukan ubat dimakan setiap hari, boleh la buat perkara yang sama untuk memudahkan tugasan doktor yang akan menyaring and di pusat vaksin nanti.
Aturan di dalam pusat vaksin
Pertama, anda akan masuk dari pintu masuk dan perlu scan QR code MySejahtera yang biasa dan scan suhu. Seterusnya ada pegawai yang bertugas untuk bertanya soalan asas seperti ada demam, selsema atau batuk, pernah ada kontak rapat dgn pesakit covid-19 dan juga jika baru buat swab test dalam masa kurang 2 minggu. Anda akan diberikan slip dan perlu dibawa ke kaunter yang kedua.
Kedua, di kaunter kedua ini anda perlukan IC dan juga aplikasi MySejahtera. Pegawai di kaunter dua ini akan mengesahkan IC dan juga temujanji, seterusnya akan memberikan borang kebenaran vaksinasi kepada anda sebanyak 2 keping. Kedua-dua borang ini perlu di isi sambil menunggu kaunter saringan doktor yang bertugas. Disinilah gunanya pen yang anda bawa. Anda akan diberkan papan hardboard untuk mengisi borang oleh anggota yang bertugas di ruangan menunggu kaunter doktor. Jangan tandatangan dahulu borang tersebut, hanya tandatangan borang kebenaran itu di hadapan doktor nanti.
Ketiga, kaunter saringan doktor. Doktor yang bertugas akan bertanyakan berkenaan dengan kondisi kesihatan anda seperti jika ada alahan kepada ubat, ada sakit kronik yang memerlukan ubat dan sebagainya. Disini, anda boleh tunjukkan senarai ubat yang anda makan setiap hari kepada doktor bertugas (Borang saya ada nota khas setelah saya tunjukkan senarai ubat saya hehehe). Doktor juga akan beritahu jenis vaksin yang akan diberi. Saya mendapat vaksin jenis COMIRNATY (PFIZER-BIONTECH). Setelah itu, turunkan tandatangan di hadapan doktor bertugas dan bawa borang tersebut ke kaunter pegawai kesihatan.
Keempat, kaunter pegawai kesihatan. Di sini sekali lagi IC di tentu usahkan dan juga maklumat lain seperti tempat kerja, apa jenis kerja dan sebagainya. Proses tidak makan masa yang lama dan kemudiannya anda boleh proceed ke ruangan menunggu untuk masuk ke bilik penerimaan vaksin. Di ruangan menunggu, saya menunggu dalam lebih kurang 15 ke 20 minit, sebelum barisan saya dibenarkan masuk ke dalam ruang penerimaan vaksin.
Kelima, ruang penerimaan vaksin. Sebelum masuk, anda akan diberikan kad kaunter vaksin. Lihat nombor kad dan pergi ke kaunter yang sama dengan nombor kad vaksin tersebut. Di dalam, sila standby kad pengenalan kerana ianya akan diminta sekali lagi untuk membuat kad penerimaan vaksin. Anda akan dipanggil ke cubicle penerimaan vaksin dan akan dicucuk vaksin oleh salah seorang jururawat dalam cubicle tersebut. Sakit tak cucuk? sakit sikit je, mcm kena gigit semut hahaha. Lepas dicucuk, pergi semula ke bahagian depan, dan pegawai di situ akan menerangkan bila anda akan dapat dos kedua vaksin dan akan berikan kad penerimaan vaksin.
Keenam, ruang pemerhatian. Selepas divaksin, sila duduk di ruang pemerhatian selama 15 ke 30 minit untuk pastikan tiada apa-apa kesan sampingan yang mendadak berlaku. Maka saya duduklah sambil bermain telefon pintar selama 15 minit, dan setelah itu, boleh la balik.
Pilihan, ketujuh – ambil gambar dengan foto frame vaksin covid-19. Saya tidak pergi ke booth foto ini kerana barisan yang terlalu panjang dan waktu sudah tengah hari. Masa untuk makan tengah hari, hahahaha.
Bersambung ke dos kedua
Saya akan sambungkan ke bahagian dos kedua kelak. Saya harap prosesnya masih sama, dan saya amat berpuas hati dengan khidmat dan keselesaaan yang diberikan untuk penerima vaksin. Terima kasih dan syabas saya ucapkan kepada frontliner dan sukarelawan yang bertugas.
[…] Pengalaman: Vaksinasi Covid-19 (Dos pertama) […]