Sambungan dari pengalaman dos pertama, saya kembali ke pusat pemberian vaksin (PPV) di Kompleks Sukan Majlis Daerah Kuala Langat pada 1 Ogos yang lalu untuk menerima dos kedua. Pada mulanya saya beranggapan prosesnya akan sama seperti dos pertama, tetapi tanggapan saya meleset.
Proses lebih pantas dan efisien
Untuk dos kedua, sudah ada laluan khas untuk pengambilan dos kedua dan hanya memerlukan kita menunjukkan kad vaksinasi dos pertama yang diberi ketika mendapat dos pertama, dan juga kad pengenalan. Seperti biasa, soalan2 saringan akan ditanya dan kad akan dikepilkan dengan kad vaksinasi. Seterusnya para pengambil vaksin akan terus diletakkan dalam barisan untuk mendapatkan suntikan vaksin di dalam dewan.
Proses seterusnya adalah pantas. Kali ini saya diberikan peluang untuk merakam pengambilan dos kedua vaksin dalam bentuk video. Tetapi atas pesanan frontliner yang bertugas, saya simpan sahaja untuk koleksi peribadi untuk tatapan anak cucu kelak 😀
Setelah 14 hari
Setelah disuntik dos kedua, saya hanya mengalami sedikit kesan sampingan seperti sakit kepala ringan dan rasa mengantuk. Semua kesan sampingan hilang dalam masa 2 ke 3 hari. Setelah 14 hari, kini saya layak untuk menerima manfaat penerima vaksin penuh yang membenarkan saya mengunjungi kedai-kedai dan juga premis yang dibuka untuk penerima vaksin penuh.
Semoga kita semua di lindungi Allah dari pandemik Covid-19 ini. Walaupun sudah disuntik vaksin dos penuh, sentiasa patuhi SOP dan juga berhati-hati agar tidak membawa pulang virus berbahaya ini ketika berada diluar untuk kita bekerja demi keluarga tercinta.
Be First to Comment