Saya adalah pendengar setia Sinar FM setiap pagi. Baru-baru ini Sinar FM kembali dengan peraduan baru, iaitu “Kod Rahsia” bersama Unifi. Peraturannya mudah, DJ Sinar akan membacakan jujukan nombor sebagai “Kod Rahsia”, dan para pendengar boleh membuat panggilan untuk memberikan jawapan berdasarkan jujukan nombor tersebut.
Oleh kerana keperluan yang cukup mudah, ianya telah menggerakkan semangat pengaturcaraan saya hahahaha. Jadi saya telah membina “Pemecah Kod Rahsia” khas untuk peraduan ini.
See the Pen Sinar: Kod Rahsia Unifi (Code Breaker) by Khaliq Mohd Ehsan (@khaliqehsan) on CodePen.
Anda hanya perlu masukkan jujukan nombor kod rahsia dan klik pada butang yang disediakan. Jawapan akan terpapar di atas butang. Walau apa pun, “code breaker” ini tidak berguna andai anda tidak dapat menembusi talian Sinar FM untuk memberikan jawapan. Dengan itu, semoga berjaya semua! 😀
P/S: Maafkan saya kalau UI terlalu kasar kerana saya tulis program dalam masa 30 minit sahaja hahaha.
Be First to Comment