Skip to content

Nukilan Pengaturcara Posts

Kalkulator BMI: Aplikasi Android pertama saya di Google Play Store

Sepanjang karier saya dalam bidang pengaturcaraan, saya telah menulis pelbagai jenis aplikasi untuk pelbagai pelantar, kebanyakannya adalah aplikasi laman web dan juga desktop. Saya telah mencuba membina aplikasi untuk telefon pintar sejak zaman belajar lagi dengan membina aplikasi permainan “MathMagic” sebagai projek tahun akhir untuk pengajian Ijazah Sarjana Muda saya.…

Kembara ke dunia baru – Scrum (bahagian 1)

Sebagai seorang yang terlatih dengan kaedah Software Engineering sekitar awal 2000-an, saya mengenali kaedah pembangunan perisian hanya dengan kaedah paling popular ketika itu, iaitu kaedah waterfall. Kitaran hidup perisian (Software Development Life cycle) lebih mudah dijelaskan melalui kaedah waterfall. Dalam kaedah waterfall, perisian dibina melalui beberapa peringkat, dan setiap peringkat…

Pemecah Kod Rahsia: Sinar FM Kod Rahsia bersama Unifi

Saya adalah pendengar setia Sinar FM setiap pagi. Baru-baru ini Sinar FM kembali dengan peraduan baru, iaitu “Kod Rahsia” bersama Unifi. Peraturannya mudah, DJ Sinar akan membacakan jujukan nombor sebagai “Kod Rahsia”, dan para pendengar boleh membuat panggilan untuk memberikan jawapan berdasarkan jujukan nombor tersebut. Oleh kerana keperluan yang cukup…

10 Kerenah pengguna IT dari perspektif seorang pengaturcara komputer

Jika kita merujuk kepada Kamus Dewan (DBP) perkataan “kerenah” ini bermaksud: [ke.ré.nah] | کرينه Definisi : (kerénah) ragam, tingkah laku, ke­mahuan: banyak benar ~nya budak ini; ~ birokrasi proses atau urusan kerja, terutama­nya yg melibatkan pihak kerajaan atau agensi kerajaan, yg mengambil masa yg sangat lama kerana terpaksa melalui berbagai-bagai…

The Pantheon – Pusat e sport pertama di Malaysia

Pada hujung minggu lepas, saya berpeluang untuk berkunjung ke The Pantheon, bertempat di One Space, One City USJ. Pusat e sport ini mendapat pensijilan Platinum GeForce GTX iCafe dan menawarkan pengalaman eksklusif untuk bermain permainan komputer kegemaran anda dengan menggunakan PC yg dilengkapi pemprosesan grafik dari Nvidia. Pelbagai jenama pengeluar…

Microsoft BUILD 2018 – Bahagian 2

Bersambung dari bahagian pertama untuk acara Microsoft BUILD 2018, Pengumuman seterusnya dari Microsoft adalah berkaitan dengan penggunaan pelantar Azure bagi memperkuasakan teknologi IoT bagi membantu industri dalam menjaga dan juga memantau sistem-sistem kritikal dan juga perkakasan yang digunakan dalam industri yang penting supaya ia beroperasi dengan baik 24 jam sehari.…

Microsoft BUILD 2018 – Bahagian 1

Pada 7 Mei 2018 bertempat di Seattle, Washington, telah berlangsung Microsoft BUILD 2018, hari di mana gergasi teknologi maklumat, Microsoft meraikan para pembina sistem yang menggunakan platform dari Microsoft. Acara ini dijadualkan berlangsung sehingga 9 Mei 2018. Sebagai salah seorang pembina sistem yang bertauliah dari Microsoft, saya tidak ketinggalan untuk…

5 sebab kenapa saya suka sains komputer

Baru-baru ini saya terbaca coretan seorang brader yang bertajuk “10 sebab kenapa aku menyesal belajar sains komputer”. Sebagai seorang programmer/team leader/scrum master di dalam industri IT di Malaysia, saya terpanggil untuk membalas penulisan artikel berkenaan. Bagi saya, ia bukanlah 10 sebab, tetapi 10 alasan kenapa dia berhenti kerja dari menjadi…

Pentingnya penghargaan dan komunikasi yang baik

Semasa saya menulis blog post ini, tempat di mana saya bekerja sedang sibuk dengan persiapan untuk integrasi sistem SAP. Kesibukan yang bermula sejak sebulan lalu, kini sudah menampakkan tanda-tanda yang kurang baik kepada kesihatan saya. Mana tidaknya, kami terpaksa bekerja sehingga lewat malam, dan adakalanya sehingga mengorbankan waktu hujung minggu…

Meneliti Gajet – Logitech K480 Bluetooth keyboard

Untuk merasmikan segmen Meneliti Gajet, saya akan mulakan dengan aksesori yang mungkin penting, terutamanya kepada para pengguna komputer yang merupakan pencipta kandungan, sama ada untuk blog, artikel dan juga menulis karya seperti novel. Justeru itu, keyboard atau dalam terjemahan bahasa melayu – papan kekunci merupakan salah satu aksesori terpenting bagi…