Bersambung dari bahagian pertama untuk acara Microsoft BUILD 2018, Pengumuman seterusnya dari Microsoft adalah berkaitan dengan penggunaan pelantar Azure bagi memperkuasakan teknologi IoT bagi membantu industri dalam menjaga dan juga memantau sistem-sistem kritikal dan juga perkakasan yang digunakan dalam industri yang penting supaya ia beroperasi dengan baik 24 jam sehari. Juga, mari kita lihat bagaimana teknologi Microsoft membantu mengubah bagaimana bilik mesyuarat biasa kepada bilik mesyuarat yang lebih moden dan interaktif
DJI Drone – demonstrasi IoT yang dikuasakan oleh pelantar Azure
Syarikat pembuat drone terkemuka, DJI, telah mengumumkan kerjasama dengan Microsoft untuk membawakan keupayaan Azure IoT kepada drone-drone yang dikeluarkan oleh DJI. Ini membolehkan teknologi komersial drone DJI dapat digabungkan dengan teknologi cloud computing milik pelantar Azure.
Apakah itu pelantar Azure IoT? pelantar ini telah diperkenalkan oleh Microsoft sebagai solusi pintar untuk teknologi IoT bersepadu dengan menggabungkan kepakaran Microsoft dari segi aplikasi dan teknologi. Hal ini membolehkan, kesemua perkakasan seperti komputer, server, kamera dan deria buatan dapat diawasi secara bersepadu dan dapat membentuk data yang membolehkan pengguna membuat ramalan dan juga memantau sistem-sistem kritikal yang penting untuk beroperasi dengan baik sepanjang masa dan dapat mengelakkan kerosakan dan mengganggu operasi dan servis sesebuah syarikat atau industri.
Dengan adanya teknologi Azure IoT digabungkan dengan keupayaan drone DJI, ini dapat memberi satu lagi perspektif tambahan untuk para pengurus dan penjaga sistem kritikal untuk memudahkan pemantauan dan dapat segera membetulkan sebarang keluarbiasaan yang terjadi sebelum kegagalan sistem yang lebih besar berlaku.
Mengubah cara kita bermesyuarat dengan teknologi Microsoft 365
Dengan kemajuan teknologi Internet, cara kita mengatur dan mengendalikan mesyuarat tidak lagi seperti 10 atau 20 tahun yang lalu. Perkembangan pesat teknologi komunikasi membolehkan kita mengambil tempat di dalam sesi mesyuarat tanpa perlu berada dalam satu bilik bersama yang lain. Begitu juga dengan cara kita berinteraksi, bahasa bukan lagi sempadan apabila teknologi penterjemahan secara digital semakin maju dan dapat menterjemah pelbagai jenis bahasa secara langsung.
Ikuti demonstrasi yang dipersembahkan dalam acara Microsoft Build 2018 ini berkenaan dengan bilik mesyuarat moden bersama teknologi Microsoft;
Begitulah antara fokus yang saya dapat garap sempena acara Microsoft Build 2018. Sekiranya berkesempatan, saya akan menyelami lebih mendalam kepada pengumuman dan juga penambahbaikan yang ditampilkan dalam acara ini.
Be First to Comment