Skip to content

Kalkulator BMI: Aplikasi Android pertama saya di Google Play Store

Sepanjang karier saya dalam bidang pengaturcaraan, saya telah menulis pelbagai jenis aplikasi untuk pelbagai pelantar, kebanyakannya adalah aplikasi laman web dan juga desktop. Saya telah mencuba membina aplikasi untuk telefon pintar sejak zaman belajar lagi dengan membina aplikasi permainan “MathMagic” sebagai projek tahun akhir untuk pengajian Ijazah Sarjana Muda saya. Pada ketika itu, pilihan OS (Operating System) untuk peranti telefon pintar agak terhad, dengan model telefon dari Nokia dengan Symbian OS menguasai pasaran.

Semenjak dari itu, saya telah mencuba pelbagai cara dan framework untuk pembinaan aplikasi untuk telefon pintar, namun kerana kekangan masa dan tugas hakiki kerjaya menuntut saya untuk tidak serius dalam membina aplikasi untuk telefon pintar.

Baru-baru ini saya tertarik dengan satu framework dari Google, dikenali sebagai Flutter. Keupayaan untuk membina aplikasi untuk telefon pintar dengan hanya menggunakan satu code base menarik perhatian saya. Flutter juga memperkenalkan bahasa pengaturcaraan yang baru untuk saya, iaitu Dart. Ibarat irama dan lagu, tak dapat dipisahkan, begitu juga Flutter + Dart. Saya akan menulis berkenaan dengan Flutter dan Dart dalam post blog saya di lain masa.

Setelah mempelajari asas menggunakan Flutter dan Dart, saya akhirnya dapat membina aplikasi kalkulator mudah dalam bahasa melayu. Dengan aplikasi ini juga, saya belajar bagaimana untuk meletakkan aplikasi ke dalam Google Play Store, seterusnya membolehkan aplikasi ini di muat turun oleh semua pengguna telefon pintar untuk Android.

Aplikasi Kalkulator BMI ini boleh didapati di Google Play Store sekarang dengan menekan gambardi bawah:

Published inAndroidDartFlutterUncategorized

Be First to Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *