Skip to content

Category: Pengalaman

Kalkulator BMI: Aplikasi Android pertama saya di Google Play Store

Sepanjang karier saya dalam bidang pengaturcaraan, saya telah menulis pelbagai jenis aplikasi untuk pelbagai pelantar, kebanyakannya adalah aplikasi laman web dan juga desktop. Saya telah mencuba membina aplikasi untuk telefon pintar sejak zaman belajar lagi dengan membina aplikasi permainan “MathMagic” sebagai projek tahun akhir untuk pengajian Ijazah Sarjana Muda saya.…

Kembara ke dunia baru – Scrum (bahagian 1)

Sebagai seorang yang terlatih dengan kaedah Software Engineering sekitar awal 2000-an, saya mengenali kaedah pembangunan perisian hanya dengan kaedah paling popular ketika itu, iaitu kaedah waterfall. Kitaran hidup perisian (Software Development Life cycle) lebih mudah dijelaskan melalui kaedah waterfall. Dalam kaedah waterfall, perisian dibina melalui beberapa peringkat, dan setiap peringkat…

10 Kerenah pengguna IT dari perspektif seorang pengaturcara komputer

Jika kita merujuk kepada Kamus Dewan (DBP) perkataan “kerenah” ini bermaksud: [ke.ré.nah] | کرينه Definisi : (kerénah) ragam, tingkah laku, ke­mahuan: banyak benar ~nya budak ini; ~ birokrasi proses atau urusan kerja, terutama­nya yg melibatkan pihak kerajaan atau agensi kerajaan, yg mengambil masa yg sangat lama kerana terpaksa melalui berbagai-bagai…

5 sebab kenapa saya suka sains komputer

Baru-baru ini saya terbaca coretan seorang brader yang bertajuk “10 sebab kenapa aku menyesal belajar sains komputer”. Sebagai seorang programmer/team leader/scrum master di dalam industri IT di Malaysia, saya terpanggil untuk membalas penulisan artikel berkenaan. Bagi saya, ia bukanlah 10 sebab, tetapi 10 alasan kenapa dia berhenti kerja dari menjadi…

Pentingnya penghargaan dan komunikasi yang baik

Semasa saya menulis blog post ini, tempat di mana saya bekerja sedang sibuk dengan persiapan untuk integrasi sistem SAP. Kesibukan yang bermula sejak sebulan lalu, kini sudah menampakkan tanda-tanda yang kurang baik kepada kesihatan saya. Mana tidaknya, kami terpaksa bekerja sehingga lewat malam, dan adakalanya sehingga mengorbankan waktu hujung minggu…

Tiba masa untuk berkongsi

Sepanjang penglibatan saya dalam industri teknologi maklumat di Malaysia, pelbagai asam garam dan karenah telah saya alami demi tugasan dan juga rezeki. Setelah hampir sedekad mengutip pengalaman, dari serendah peringkat pelaksana sehingga ke peringkat pengurusan. Banyak yang saya telah pelajari, dari para teman-teman sekerja, pengurus projek, ekspatriat dan ramai lagi.…