Skip to content

Category: Kerja

Kerja dari rumah? – Pengalaman saya sepanjang pandemik Covid-19 (Bahagian 1)

Semenjak pandemik melanda dunia akhir bulan Mac 2020, saya telah diarahkan untuk bekerja dari rumah sahaja. Pada mulanya, saya hanya menggunakan laptop, tapi lama kelamaan, saya menjadi tidak selesa kerana saiz laptop yang kecil (13″ Dell Lattitude) dan menyebabkan saya duduk membongkok untuk menaip dan membuat kerja. Saya membuat keputusan…

Kembara ke dunia baru – Scrum (bahagian 1)

Sebagai seorang yang terlatih dengan kaedah Software Engineering sekitar awal 2000-an, saya mengenali kaedah pembangunan perisian hanya dengan kaedah paling popular ketika itu, iaitu kaedah waterfall. Kitaran hidup perisian (Software Development Life cycle) lebih mudah dijelaskan melalui kaedah waterfall. Dalam kaedah waterfall, perisian dibina melalui beberapa peringkat, dan setiap peringkat…

Pentingnya penghargaan dan komunikasi yang baik

Semasa saya menulis blog post ini, tempat di mana saya bekerja sedang sibuk dengan persiapan untuk integrasi sistem SAP. Kesibukan yang bermula sejak sebulan lalu, kini sudah menampakkan tanda-tanda yang kurang baik kepada kesihatan saya. Mana tidaknya, kami terpaksa bekerja sehingga lewat malam, dan adakalanya sehingga mengorbankan waktu hujung minggu…