Semenjak pandemik melanda dunia akhir bulan Mac 2020, saya telah diarahkan untuk bekerja dari rumah sahaja. Pada mulanya, saya hanya menggunakan laptop, tapi lama kelamaan, saya menjadi tidak selesa kerana saiz laptop yang kecil (13″ Dell Lattitude) dan menyebabkan saya duduk membongkok untuk menaip dan membuat kerja. Saya membuat keputusan untuk menjadikan “gaming desk” PC sebagai hybrid, di mana saya boleh menggunakannya untuk membuat kerja di siang hari, dan bermain PC game kegemaran saya di malam hari.
Kelengkapan “Home Office” untuk norma baharu
Seperti mana di pejabat, kerja saya tidak memerlukan banyak peralatan dan juga kelengkapan untuk menyiapkan kerja. Apa yang penting bagi saya adalah:
- Kerusi yang selesa
- Kerusi ni subjektif bagi setiap individu. Bagi saya yang agak berat (120kg agak berat ke? hahaha) dan juga ada mengalami sakit belakang, saya memerlukan kerusi yang kukuh dan juga ada “lumbar support” untuk mengurangkan sakit belakang yang saya alami.
- Isteri saya amat perihatin akan perihal ini dan membelikan saya kerusi dari IKEA yang bagi saya amat selesa dan dapat menampung berat saya untuk bekerja 8 jam sehari di rumah.
- Meja yang sesuai dengan ketinggian dan kukuh
- Meja pun amat penting. Selain kukuh dan sesuai dengan ketinggian, meja yang elok dapat memuatkan kesemua benda yang kita perlukan dan memudahkan kita untuk duduk dan membuat kerja berjam jam di hadapan monitor.
- Saya juga menggunakan meja dari IKEA kerana asalnya meja ini untuk “gaming” PC saya. Tak ada masalah untuk saya gunakan meja ini untuk kegunaan kerja seperti biasa.
- Monitor untuk saya “extend” skrin laptop
- Bagi saya yang ini terpulang kepada skop kerja bagi setiap individu. Untuk saya, saya memerlukan paling kurang 2 skrin untuk saya berkerja secara efektif, dan memudahkan saya untuk membuat kerja dan pada masa yang sama untuk melihat status atau “chat” window dari rakan sekerja.
- Oleh kerana “gaming” PC saya sudah ada 2 monitor, saya menambah satu lagi monitor untuk menjadikannya 3 monitor untuk saya bekerja dan pada masa yang sama berkomunikasi dengan rakan sekerja di serata dunia.
- Keyboard dan mouse yang selesa
- Untuk kebanyakan orang, mempunyai keyboard dan mouse biasa sudah cukup. Tetapi untuk saya yang menggunakan keyboard dan mouse setiap hari, berjam jam lamanya untuk kerja (dan juga main game PC, hahaha) keyboard dan mouse yang selesa menjadi idaman.
- Saya mulakan dengan membeli Logitech MX Master 2S, sebuah mouse premium dari Logitech. Kalau dilihat pada harga, memang mahal. Tetapi keselesaan dan juga feature premium seperti Logitech Flow memudahkan saya membuat kerja dengan lebih pantas.
- Setelah itu, saya menukar keyboard saya kepada keyboard yang saya rasa, paling selesa paling saya gunakan sepanjang umur saya ni. Logitech MX Keys. Integrasi bersama dengan mouse membuatkannya amat berbaloi. Saya akan membuat ulasan mengenai keyboard ini di masa akan datang.
- Headset dengan mikrofon
- Sebelum bermulanya pandemik, saya menggunakan headset dengan mikrofon ini untuk bermain game dan berkomunikasi dengan rakan sepermainan. Saya dapati gaming headset banyak direka untuk keselesaan pemakaian dalam tempoh masa yang panjang.
- Untuk itu, saya menggunakan Corsair HS60. Mempunyai USB dongle untuk surround sound support, tapi saya menggunakannya untuk tele-conference Zoom dan juga Microsoft Teams meeting.
- Webcam: Bila boss nak tengok muka tengah meeting
- Pada asalnya, saya menggunakan webcam yang tersedia dengan laptop. Tetapi sejak saya menggunakan Thunderbolt dock dan laptop hanya perlu dalam docking mode, saya memerlukan external webcam untuk video conferencing.
- Untuk itu, saya mengambil webcam untuk gaming PC saya yang asalnya untuk game streaming; Logitech C920 PRO HD Webcam. Dengan kebolehan video capture pada resolusi 1080p, memang sudah cukup untuk image yang jelas. Webcam ini juga mempunyai mikrofon terbina dalam, jadi kalau tak mahu pakai headset mic pun boleh juga, cuma suara akan bergema sedikit.
- Sambungan Internet yang stabil
- Yang ini memang dilema. Sungguhpun dilengkapi dengan capaian Internet 100Mbps dari Unifi, saya menghadapi masalah untuk mendapat signal wifi yang stabil kerana isteri saya juga turut menggunakan sambungan Internet apabila bekerja dari rumah. Dengan anak yang tengok Youtube lagi, memang router yang diberi pihak TM tidak berapa stabil.
- Untuk itu, saya menambah Mesh Wifi dengan TP-Link Deco M4. Mungkin bila saya ada masa saya akan buat ulasan berkenaan Mesh Wifi ini. Bagi saya ia dapat menyelesaikan masalah coverage wifi dan juga kestabilan wifi lebih baik.
- Pencetak dan pengimbas
- Keperluan terakhir ni bagi saya “optional” kerana kebanyakan urusan kerja dibuat secara digital. Tetapi apabila ada keperluan mendesak seperti mengimbas dokumen fizikal (eg: sijil cuti sakit, gambar, etc) memang penting juga ada pencetak dan pengimbas ni.
- Saya juga memerlukan pencetak untuk mencetak kerja rumah yang dihantar oleh guru sekolah anak saya supaya dia boleh meneruskan pembelajaran seperti biasa.
- Maka belilah 2 in 1 (macam minuman kopi 2 in 1 tu hahaha) pencetak Brother DCP-T710W. Menariknya pencetak ini mempunyai keupayaan wifi dan juga mobile apps. Jadi sangat mudah untuk mencetak dokumen dari smartphone yang ada dan sambungan data menggunakan wifi.
Dari “Gaming Desk” ke “Home Office”
Secara amnya, peralihan dari gaming desk ke home office tidak sukar kerana dirumah saya ada sudut saya sendiri untuk meletakkan kelengkapan terbabit. Pada bahagian ke-2 pula saya akan ceritakan pengalaman saya sepanjang bekerja dari rumah.
[…] Kerja dari rumah? – Pengalaman saya sepanjang pandemik Covid-19 (Bahagian 1) […]
Macam mana nak hired dalam remotely job secara global. Apakah perlu menyediakan sesuatu yang menyakinkan orang seperti portfolio dari segi apa yang kita dah buat apa side project yg kita create saja-saja untuk memantapkan portfolio.
Kalau nak kerja dari rumah secara global memang perlu ada portfolio. Kerja-kerja kreatif seperti design, photo and video editing, marketing banyak ada di website seperti fiverr, freelancer dan sebagainya.
Kalau kita aim nak take up job dalam design, kita buat projek kita sendiri seperti re-design jenama terkenal ke, saja-saja pun boleh asalkan boleh tonjolkan bakat kita dalam portfolio tersebut.